Selasa, Disember 21, 2010

Shopping sayur, ikan dan buah dalam online


Penat shopping barang basah di pasar, ada baiknya shopping online baru best dari tempat kerja pun boleh oder tengah2 malam pun boleh oder. Best tu, tapi tak ada lagi company di Malaysia menyediakan tempahan barang basah secara online, screen shot sebelah ni saya buat sendiri tuk meriahkan lagi post saya kali ni. Cuba anda bayangkan sayur, ikan dan buah beli kat online jer.. ok tak?

Bagi saya yang tak ok tu sebab kita tak nampak secara fizikal tak dapat nak belek2 barang tu, jadi itu yang tak ok. Sekiranya dibuat dengan terperinci dan teratur perniagaan ni boleh dibuat, mungkin pihak pasaraya ternama di Malaysia satu hari nnt akan kembangakan perniagaan mereka dalam online itu yang ok tunggu..


Post kali ni saya nak berikan tips sedikit bila kita nak shopping barang basah untuk kesihatan semua:-


  1. (Sayur-sayuran dan buah-buahan) Pastikan ia tidak layu, tidak kecut, bertukar warna   dan berbau busuk.Lebih baik sayur yang berlubang kena makan oleh serangga kerana bahan racun serangga tidak banyak terlekat pada sayur tersebut. anda pun tahu bila da makan racun mcm mn...
  2. (Ikan) Pilih ikan yang mempunyai kulit yg masih bersinar dan terang, jangan pilih ikan yang diselaputi lendiran yang tebal. Lihat mata ikan jangan  beli sekiranya sudah merah, lihat juga insang ikan yang berwarna merah itu menunjukkan masih segar dan sebaliknya, sudah pasti ikan yang berbau busuk itu da tak bagus, serta cuba picit ikan tersebut sekiranya masih lagi pejal dan kenyal itu menunjukkan ikan masih segar.
  3. (Ayam) Pilih ayam yang tidak berbau busuk dan tidak bertukar warna, jangan beli ayam yang terlalu gemuk (banyak lemak), sebaiknya beli ayam yang baru disembelih.
  4. (Daging) Pastikan daging yang dibeli tidak berselaput dan berlendir, pastikan juga daging berwarna merah,
  5. (Telur) Cuba goncang telur terlebih dahulu kalau isinya mampat tidak ada ruang udara yang banyak itu tandanya telur itu masih baru.
  6. (Bijirin, tepung, kacang dan beras) Pastikan tidak ada serangga atau bahan2 lain di dalam bekas yang hendak kita beli.
Inilah sebab utama kenapa perniagaan basah ini tidak sesuai dijalankan di dalam online. Tak dapat nak buat apa sekiranya barang yang ditempah dari online telah sampai ke rumah tambahan pula hanya orang gaji jer yang ada di rumah, apa pun terima kasih kepada online hari ini kerana memudahkan kerja kita seharian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penjiwa blogging semua ringankan jari anda memberi comment....

Intense Debate Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...