Khamis, Disember 23, 2010

Nahas Bas Cameron Highlands-Simpang Pulai - Mangsa kejadian


Pagi ni sekali lgi saya keluarkan title post "Nahas Bas Cameron Highlands-Simpang Pulai" adalah disebabkan oleh seorg mangsa kejadian yg di temubual oleh wartawan Utusan Malaysia selepas kejadian tersebut.










IPOH 22 Dis. - Perjalanan pulang semasa bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands kelmarin tidak mungkin dapat dilupakan oleh Arrena Songserm, 20, seumur hidupnya.
Percutian yang sepatutnya menjadi kenangan manis bagi pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Walailak, Sala, di Thailand itu bertukar menjadi tragedi ngeri yang akan menghantuinya seumur hidup.
Kira-kira 40 minit selepas bergerak dari Cameron Highlands, bas yang dinaiki Arrena terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 25 pelancong Thailand dalam bas itu.
"Ketika itu, saya rasa bas tidak dipandu laju tetapi setengah jam selepas bergerak dari Cameron Highlands, saya nampak asap tebal keluar dari tepi bas.
"Tidak lama selepas itu, saya rasa brek bas itu seperti tidak berfungsi apabila terus meluncur lalu melanggar tembok pembahagi jalan dan berpusing sebanyak dua kali sebelum terbalik.
"Saya tidak tahu berapa lama saya pengsan tetapi selepas sedar, saya terkejut melihat begitu banyak mayat bergelimpangan dalam bas. Ada di antaranya pecah kepala," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.
Menurut Arrena, selepas itu, dia menggagahkan diri merangkak keluar dari bangkai bas sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang tiba sejurus kemudian.
"Sehingga kini, saya masih terbayang asap tebal dan mayat-mayat yang bergelimpangan dalam bas.
"Namun, saya bersyukur kerana masih hidup," katanya dengan nada perlahan dalam bahasa Melayu pelat Selatan Thai.
Akibat kemalangan itu, Arrena yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala, badan dan kaki mungkin terpaksa menangguhkan pengajiannya yang kini sudah berada di tahun tiga.
Seorang lagi penumpang bas itu yang terselamat, Rungnapa Klungsuwan, 53, cuma dapat mengingati dia sedang makan semasa bas tersebut sedang melalui laluan yang berliku.
"Tiba-tiba saya terus tercampak dan tidak mengingati apa-apa selepas itu," katanya dengan menggunakan isyarat tangan untuk menerangkan apa yang berlaku.
                                                                     (Rujukan: Utusan Malaysia online: 22/12) 

Anda yang bijak pandai semua saya ingin bertanya, siapakah yang bersalah dalam kemalangan ini?
  • Pemandu bas
  • Penguatkuasa
  • Struktur jalan
  • Pengusaha
  • Spesifikasi bas
  • Denda yang lemah / hukuman
Anda fikirlah siapa yang dipersalahkan..... jawapan saya semua bersalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penjiwa blogging semua ringankan jari anda memberi comment....

Intense Debate Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...