Selasa, Disember 07, 2010

Panduan bayar online (Internet Banking)

Salam semua, sebelum ni saya telah menyentuh kad kredit / kad debit untuk salah satu cara bayar online, saya tak perlu cerita panjang lebar dalam kad kredit yg penting ialah kad debit kerana ia selamat digunakan.  Tajuk kali ni saya akan gabungkan internet banking dan kad debit yg popular di Malaysia. Hampir semua IM di Malaysia menggunakan Kad Debit link dengan Internet Banking, senang cerita logo ni semua mesti kenal logo kepala harimau.

196
Sesiapa yg telah membuka akaun simpanan, secara terus mereka telah memiliki kad debit Visa yg di keluarkan oleh Maybank, cantik saya pun ada satu. Sekiranya anda telah memilikinya tapi masih tak tau guna untuk shopping online tak berguna juga, kad debit Visa ini juga boleh link dengan akaun Paypal. Ada yg telah menerbitkan dalam e-book untuk dijual sungguh mudah sedangkan info ni semua ahli internet boleh perolehinya secara percuma, cuma rajin dengan tak rajin jer nak explore hehee...






Baiklah untuk Internet Banking di Malaysia atau Local semua pihak bank telah menyediakan platform web kepada para pelanggannya berurusniaga melalui online senangkan. Tapi yg saya tak berkenaan dgn mereka ni kakitangan pihak bank tidak menjelaskan dgn terperinci kepada pelanggan cara menggunakan perbankkan internet mereka hanya bagi browser untuk dibaca, bagi yg newbie apalah daya mereka untuk membuat semua tu kesyian2. Sebenarnya saya telah lalui pengalaman tu terkial2.. hehehe, mujurla rajin cari info. Berikut adalah senarai perbankkan di Malaysia:
  1. Maybank
  2. Cimb Bank
  3. Affin Bank
  4. Alliance Bank
  5. Am Bank
  6. HSBC
  7. Bank Islam
  8. Bank Muamalat
  9. Bank Rakyat
  10. BSN
  11. Hong Leong Bank
  12. Eon Bank
  13. RHB
  14. Agro Bank 


Sekiranya senarai bank2 di atas belum lengkap anda boleh post di comment nnt. Seterusnya saya akan menerangkan  membuat pendaftaran di Maybank2u.com, berikut ialah langkah2 paling senang membuat pendaftaran:
  • Pengguna Maybank perlu ke ATM mesin.

1.Mesin ATM Maybank
320
2.Pilih "Maybank2u / Phone Banking / Atm Sms Alerts"
3.Pilih "pin  laluan Maybak2u"
4.Masukkan Pin sementara yang anda mahu
5.Anda juga kena mendaftar "TAC Tel. Bimbit"
6.Masukkan no. HP anda
  • Langkah seterusnya anda perlu balik rumah dan membuka website Maybank2u.com 
                                                      7.Klik "First time log-in" 
8.Klik Accept untuk Terms & Conditions
 9.Masukkan no 16 digit dan PIN laluan Maybank2u
10. Buat nama pengguna (Username) dan Kalatlaluan (Password) baru anda. Ingat sampai bila2.
11.Klik Confirm
Saya harap info ini berguna kepada anda saya akan terus memberi info dan update blog ini untuk kegunaan bersama dan sebagai rujukkan masa akan datang.Next Post Title "Maybank2u Link Paypal"







    Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

    1 ulasan:

    1. Boleh tak transfer duit dri maybank ke bank muamalat ?

      BalasPadam

    Penjiwa blogging semua ringankan jari anda memberi comment....

    Intense Debate Comments

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...