Ahad, Disember 19, 2010

Buy Online


Semakin hari kita didedahkan dengan maklumat dari internet yang terlalu banyak sehinggakan termuntah2 kita dibuatnya yang baik dan buruk terpulang kepada individu untuk menilainya, begitu juga dengan produk yang dijual secara online semangkin bertambah dan sungguh memikat hati pengunjung online. Hampir setiap web mempunyai iklan, kenapa tidak dengan iklan itulah web itu terus beroperasi dan wujud di online ditambah lagi dengan traffic yang tinggi ini memudahkan pihak pengiklan mempromosi produk mereka dengan jaya dan berkembang.

Bermulanya dengan mengklik butang tetikus pengguna tidak lagi perlu ke pusat membeli-belah untuk mendapatkan produk yang dikehendaki dengan  melayari web seperti Lelong.com.my atau mudah.com.my boleh memperolehi dengan mudah. Baik dan buruk shopping online perlu di ambila kira oleh individu sebelum shopping onlline, saya akan memberitahu sedikit kepada anda tentang langkah-langkah yang perlu diketahui oleh pengguna sebelum melibatkan diri dalam pembelian secara online:-





  1. Sebelum membeli sesuatu barang, layar lebih daripada satu laman web yang menawarkan barangan yang sama untuk membuat perbandingan harga.
  2. Setiap pembelian barang perlu disertakan dengan invois daripada penjual.
  3. Dapatkan data peribadi dan nombor telefon penjual.
  4. Pembelian secara online memerlukan data peribadi pembeli seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun atau nombor kad kredit yang dianggap sulit jadi pastikan laman web yang dikunjungi diiktiraf dan memiliki sistem sekuriti yang baik.
  5. Pastikan alamat laman web berkenaan tertera https:// berbanding http://. Ini kerana https merupakan pangkalan data dan sistem sekuriti yang menjaga segala maklumat peribadi pengguna.
  6. Simpan resit pembayaran.
  7. Berjaga-jaga apabila membayar menggunakan kad kredit  jangan mudah mendedahkan empat nombor kad kredit yang terakhir; dan
  8. Faham terma dan syarat sebelum membuat transaksi.
                                                                                 Rujukan:Pusat Khidmt Aduan Pengguna Nasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penjiwa blogging semua ringankan jari anda memberi comment....

Intense Debate Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...