Ahad, Disember 26, 2010

Telephone bimbit berbahaya


Telefon bimbit adalah satu teknologi moden yang ajaib pada zaman ini. Walaupun ia memudahkan urusan kita tapi inovasi canggih ini telah membawa sejenis virus senyap yang boleh mengancam kesihatan manusia. Setiap hari kita terdedah dengan radiasi yang datangnya pelbagai bentuk. 
Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, setipa hari kita terdedah dan dikelilingi oleh gelombang EMF (sinaran elektromagnet). 

Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (28.5 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang tinggi berbanding dahulu.  Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu. cuba anda bayangkan sinaran elektromagnet ini seperti kesesakan lalulintas? pada hari ini EMF seperti kesesakan lalulintas.









Untuk mengetahui EMF dan bahayanya terhadap tubuh kita saya perincikan dibawah:-

  1. (E.M.R?) E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi. itulah yang berlaku hari ini telefon bimbit yang memiliki 3g semakin kuat EMF.
  2. (Bahaya?) Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit. Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali. 
  3. (Kesan-kesan) Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah  16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit. Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak. 
  • (Merosakkan Sel-sel Darah) Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.
  • (Mengubah DNA Manusia) Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA. (Sumber dari BBC News)
  • (Mempengaruhi Kualiti Sperma) Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik. (Sumber dari CNN, Dis 2008)
  • Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
    Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
    (Sumber dari 'The Total Sweden News in English')
  • Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
    Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
    (Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)
  • Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak
    Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
    (Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)




Di Jepun telah mengeluarkan produk daripada bahan seramik yang berupaya mengeluarkan Tenaga Skalar, Sinaran Inframerah dan Ion Negatif yang boleh menghapus dan meneutralkan kesan buruk gelombang elektromagnet bagi melindungi anda dan keluarga tersayang daripada ancaman sinaran telefon bimbit. Produk ini di gelar BioCerastone EMR Protector.
Ini bukanlah saranan tapi galakkan untuk memilikinya supaya keluarga kita selamat daripada ancaman ini.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penjiwa blogging semua ringankan jari anda memberi comment....

Intense Debate Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...