Isnin, Disember 27, 2010

Tempat perlindungan pembuangan bayi (KPJ-ISH)


"Buang bayi" ibarat mereka yang tidak inginkan bayi itu seperti sampah, semakin hari kes pembuangan bayi macam larisnya pisang panas dijual. Setiap hari ada sahaja kes tersebut dan bila terjumpa bayi itu pasti bayi telah meninggal dunia kita melihat di akbar2 dan berita tv sungguh menyedihkan. Sebabkan faktor inilah KPJ-ISH telah menjalankan tanggungjawab sosial mereka, mewujudkan pusat perlindungan bayi pertama di hospital, pelik bunyinya seolah-olah menggalakkan lagi gejalah ini. Namun tujuan sebenar adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi tersebut, walaupun mereka telah tahu ini bukan lah satu penyelesaian yang terbaik tapi sedikit sebanyak dapat menyelamatakan nyawa bayi malang itu.





 
Sementara itu, Hamidah berkata, kerajaan negeri menyokong penuh program yang dijalankan KPJ ISH kerana ia membantu menangani masalah pembuangan bayi di negeri ini.
Bagaimanapun, katanya, kewujudan pusat itu bukan penyelesaian kepada masalah pembuangan bayi tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi kesedaran di kalangan pihak berkaitan bagi menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.

"Sebelum ini ada beberapa kes membabitkan kematian bayi berikutan dibuang di tempat berbahaya. Jadi kewujudan pusat perlindungan itu dapat dijadikan satu alternatif bagi menangani masalah itu," katanya. -



 Kredit Berita Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penjiwa blogging semua ringankan jari anda memberi comment....

Intense Debate Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...