Selasa, Disember 28, 2010

Agihan Pendapatan 6 Sen Seunit Untuk ASN


Pendapatan ASN telah diumumkan petang tadi sebanyak 6 sen seunit, pada mereka yang memiliki ASN bolehlah belanja kita huhu...banyak tu. kalau ada 1 juta unit dapat 600k boleh belanja bini baru huhuuu.. gurau jer.. apa pun syukur ada juga tambahan untuk hujung tahun ni ringan beban sikit untuk mereka yang perlukan belanja anak sekolah... nak buka sekolah dah , banyak kos diperlukan, tambahan lagi  kalau anak ramai perlukan kos yang banyak....



Amanah Saham Nasional Berhad, ASNB, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad, PNB mengumumkan pengagihan pendapatan 6 sen seunit bagi skim Amanah Saham Nasional untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Ia peningkatan 0.80 sen se-unit berbanding tahun lalu. Pengagihan pendapatan membabitkan jumlah peruntukan pembayaran RM89.88 juta, berbanding RM81.52 juta pada 2009.

TAN SRI HAMAD KAMA PIAH CHE OTHMAN / KETUA EKSEKUTIF KUMPULAN, PNB
Dari keseluruhannya, dari segi total capacity, kita sepatutnya membayar lebih daripada 9 sen dari segi hasilan daripada pengurusan dana tahun ini. Tetapi pihak Lembaga Pengarah telah memutuskan untuk membayar 6 sen. Jadi lebihan 3 sen akan dibawa ke depan.

Pembayaran ini dijangka dimanfaatkan 1.18 juta pemegang unit yang melanggan 1.5 bilion ASN.

Dari segi pendapatan kasar, ASN memperoleh RM112.02 juta. 
Keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM63.07 juta, manakala pendapatan dividen daripada syarikat pelaburan dan lain-lain pelaburan masing-masing adalah RM39.18 juta dan RM9.77 juta.
(kredit tv3.com.my)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penjiwa blogging semua ringankan jari anda memberi comment....

Intense Debate Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...